
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
Assalamualaikum semuaaa !
Okey harini kita bercerita pasal RIMUP. Nak tau maksud dia tengok title. Aku malas dah nak typ banyak banyak. Okey, RIMUP ni berjalan selama 2 hari iaitu pada 19-20 Oktober 2013. Cewahh xD Kem ni buat Kat SMK Seri Serdang. Memula aku terfikir jugak seronok ke tak. Kalau nak tau seronok ke tak, jom baca sampai habis k. Hahahahahahahaha
Okey jom start ! Jejak je kaki kat sekolah, Semua muka dak dak form 5 je. Aku carik ah Tasya tak jumpa pun. Nasib baik ada Aiqqal dengan Khairi. Aku follow dorang ah pergi Bilik PPDa. Agak berdebar jugak masa tu sebab nak tau sekolah mana yang datang. Ada tak orang yang aku kenal. Eh cop jap, tapi memang ada pun orang yang aku kenal. Dua orang dari sekolah SMKSK.
Kumpulan banyak kali kena rombak. Elok dah aku dah sama dengan budak comel tu tatiba je kena rombak balik. Aish....... Hahahahahaha takdelah memain je xD Aku satu group dengan Nas and Azim. Kawan baru aku: Syafie, Putra, Dila, Dilah, Syikin, Adda, Vicky. Alaa ada 2 orang aku lupa nama dia. Aish takpelah. Jom sambung cerita balik. Masa 'ice breaking kan seronok gila. Setiap sorang ahli kumpulan kena amik satu je huruf Saihibba *yeke eja camni -.- Ah lantak ah* pastu kena susun susun cari sebanyak mungkin perkataan. Kumpulan aku dapat 140 perkataan. Hasil kerjasama katanya :p
Petang tu patutnya ada main kat padang, tapi hujan. So buat kat dalam dewan je. Permainan dia pun seronok jugak. Setiap satu stesen ada permainan lain lain. Aku paling suka stesen 5: Sungai Beracun. Semua sekali ada berapa stesen tah. Aku pun lupa. Aku paling benci Perahu Undur. Bapak ah susah gila kena tunduk tunduk. Nyampah -.- Stesen paling comel en stesen buat origami. Semua buat benda yang pelik pelik je. Hahahahaha. Ada stesen bowling kelapa. Susah doo. Tapi paling mencabar tali bintang. Peh.... Susah gilos.
Lepas je siap semua tu, pergi balai seri mandi mandi semua. Malam tu, buat kolam dengan chui mei. Buat kolam tu paling seronok. Pakai beras lah, pakai kacang hijau lah, pakai kacang dal lah. Hahahahaha macam macam kot ! xD Kumpulan aku dapat nombor 3 masa buat kolam tu. Cam tak sangka gak ah sebab banyak lagi kot yang cantik cantik. Tapi Chui Mei tak menang pun. Hahahaha cedih :p
Okey part ni seronok. Malam masa tidur kat balai seri tu kan, kitorang perang mulut. Hahahaha tapi takde lah serious sangat. Gaduh dalam gelap weh. Main balas balas cakap. Kitorang tau dah sapa yang cari pasal tu. Yelah mana tak bengang, batuk pun nak buat gaduh. Bising katanya. Padahal orang lain lagi bising pe. Tah lantak dia lah. Orang tak pernah batuk kan. Malam tu gelak gelak cam hape je. Tasya ah gelak kelakar gila. Pastu aku dengan Ainul gossip sampai pukul 12. Pastu tetiba senyap sebab dah tertidur xD
Pagi tu ada senamrobik. Sumpah cam tak best sangat sebab laju gila dia buat. Aku yang duduk kat tengah tengah dewan tu dah macam meroyan sensorang je hahahahaahhaha. Pagi tu kena cipta lagu patriotik. Susah siot. Tapi kitorang adalah pakai cara kitorang eheheheheehe :3 Suara aku habis kat part nyanyi jelah. Sumpah perit gila tekak aku doo. Masa nak nyanyi atas pentas kan, tangan aku menggeletar gila. Nas ah siot je pegang mic pun menggeletar xD Tapi tak menang pun. Kumpulan 6 menang. Tung ah Deris :p
Masa penutup tu pun best gak ah. Paling aku tak sangka, Kumpulan 9 jadi champion dooo. Gila ! Aku mati mati pikir Kumpulan 1 yang jadi champion sebab aku pikir masa buat kolam dengan chui mei dorang conqure kot. Tapi sumpah ah tak sangka. Seronok sebab menang xD Hamper besar. Seronok aku tengok makanan banyak. Heaven kejap kat situ. Hahahahaha.
Boleh banyangkan apa jadi ? Mesti boleh en ? Hahahahaha. Conclution dia, kem ni seronok gila gila. Makanan pun sedap je. Sempat lagi. Banyak tangkap gambar. Selfie jap hahahahaahahahaha. Pape pun, terima kasih kepada stakler yang baca benda ni. Kau memang hebat ah baca benda ni. Hahahahahaha. Okey nanti buat entri lain. Sekian terima kasih and assalamualaikum semua ! :)